Sunday, 15 January 2017

5 Makanan Untuk Sakit Sendi Lutut...

Sakit sendi adalah berpunca dari kekurangan grease di kaki dan terhakisnya kolagen di bahagian lutut. Bila kolagen terhakis dan kekurangan grease, semua bahagian tulang akan mendapat kesan.





Hari ini saya akan kongsikan 5 MAKANAN yang senang diperolehi oleh anda yang mempunyai masalah Sakit Sendi Lutut yang boleh diamalkan dengan begitu MUDAH!!!

Khasnya untuk mengurangkan radang di bahagian sendi lutut dan sebagai anti-oksidan.



5 MAKANAN UNTUK MERAWAT & MENGHILANGKAN SAKIT SENDI...



#1: SOYA

Soya kaya dengan isoflavine dan anti-radang. Pastikan minuman atau makanan soya yang anda pilih adalah bebas bahan kimia. Contoh makanan berasaskan soya termasuk lah tempe, kicap dan kacang soya itu sendiri.


#2: BUAH – BUAHAN

Vitamin C merupakan sumber terbaik untuk anti-oksidan dan mengelak osteoarthritis. Contoh makanan Vitamin C termasuk lah buah mangga, betik, oren, kiwi dan banyak lagi.


#3: MINYAK IKAN

Minyak ikan mengandungi Omega yang melegakan sakit sendi dan kebas yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis. Asid lemak omega-3 dalam ikan juga melindungi tulang rawan daripada haus.


#4: REMPAH & HERBA

Kunyit, jintan, kulit kayu manis dan bawang putih mempunyai bahan anti-radang yang membantu mengurangkan sakit sendi.


#5: Coklat

Walaupun coklat selalu dikaitkan dengan kegemukan dan kemanisannya, namun ia perlu untuk menjaga kesihatan sendi. Sekurang-kurangnya 70% kandungan koko adalah pencuci mulut yang terbaik bagi melengkapkan makanan yang membantu mengurangkan kesakitan.

Dengan pengambilan coklat kita akan dapat "melupakanpenyakit kita buat seketika waktu. :D

TAPI!!! Jangan terlebih makan ye.... ;) 




SELAMAT BERAMAL... AGAR DAPAT MEMBANTU MERINGANKAN PENYAKIT KALIAN SEMUA..! ;)




==========================
Nak Tahu Cara Senang Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi ?
Gel Amani - Rawatan Sakit Lutut Dan Sendi Anda.
Hubungi 017-324 8495 Untuk Info Lanjut

Thursday, 12 January 2017

BAGAIMANA SAKIT LUTUT BOLEH BERLAKU???


APA ITU SAKIT LUTUT..?

Sakit lutut adalah nyeri pada sendi lutut yang dapat dialami oleh semua orang dari segala usia. Kondisi ini bisa disebabkan oleh beberapa hal yang meliputi:
  • Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
  • Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis (keradangan tendon, biasanya dari jangkitan atau penyakit reumatik.)
  • Pendarahan pada sendi.
  • Infeksi, misalnya artritis septik.
Sebagian besar sakit lutut yang terjadi dapat ditangani sendiri di rumah, tetapi ada beberapa kondisi yang membutuhkan penanganan medis, seperti operasi atau yang bisa menyebabkan nyeri berkepanjangan, kerusakan pada sendi, dan bahkan cacat jika tidak ditangani secara khusus.



SITUASI SAKIT LUTUT...

- Kecederaan




- Sakit Sendi




- Sakit Tulang




- Sakit Otot



- Osteoartritis




Sakit lutut ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira umur.Sakit lutut boleh berpunca daripada :
kecederaan, sakit sendi, sakit tulang, sakit otot dan Osteoatrhritis. 

Dari kesemua yang saya senaraikan kat atas, yang paling kerap terjadi adalah Osteoarthritis dari keluarga arthritis.Sakit lutut dan sendi (Osteoarthritis)merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan.

Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akanmenyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan
 sendi tulang.

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.Memiliki kesihatan lutut yang baik sangat penting. Apabila kita sering dilanda sakit lutut yang berterusan, kualiti hidup kita akan terjejas.
Mungkin kita tidak selesa untuk berjalan, menaiki tangga,berlari sehinggakan untuk menunaikan ibadah solat juga mungkin terganggu. Ketidakselesaan ini semuanya akan berlaku, jika kita tidak mencegahnya dari awal.


MACAM MANA NAK TAMBAH GEL DALAM LUTUT?

MACAM NAK MELANCARKAN PERJALAN DARAH DALAM TUBUH BADAN?

MACAM MANA...?

MACAM MANA???



==========================

Nak Tahu Cara Senang Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi ?
Gel Amani - Rawatan Sakit Lutut Dan Sendi Anda.

Hubungi 017-324 8495 Untuk Info Lanjut




Wednesday, 11 January 2017

OSTEOARTRITIS

Pengenalan Penyakit

-Ketidakseimbangan mekanisme yang terdapat pada sendi-sendi menyebabkan lapisan antara sendi-sendi menyebabkan lapisan antara sendi yang dinamakan sendi tulang rawan (articular oartilage) menjadi haus dan menipis, jadi tiada ‘kusyen’ yang boleh melindungi saraf dan tulang.

-’Osteo’ bermaksud tulang, manakala ‘artritis’ pula inflamasi atau radang tulang sendi.Sendi-sendi tersebut adalah lutut, tulang belakang,ibu jari tangan dan kaki serta pangkal peha.





Jenis-Jenis Penyakit

-Primer
-Sekunder


Punca Penyakit / Faktor Risiko

-Primer – belum diketahui puncanya.

-Sekunder – terjadi akibat komplikasi dari artritis.

-Reumatoid, ankilosing, gout, kecederaan dan ‘osteonecrosis’.



Tanda-Tanda / Simptom


-Penghidap berasa kebas pada jari tangan yang bersifat sementara.

-Kelainan pada sendi tulang rawan menyebabkan tulang bertindak balas sehingga menimbulkan timbunan tulang yang baru yang dipanggil‘osteophyte’.Ini akan mengakibatkan benjolan dan pembengkakan yang keras pada sendi serta sedikit kecacatan.Ligamen dan tendon juga menjadi sakit.

-Tulang rawan mungkin akan tercedera atau terkoyak.

-Mencetus rasa nyeri serta ngilu pada pesakit.



Komplikasi

-Kesulitan untuk menguruskan diri serta hilang upaya untuk melakukan kerja dan aktiviti yang harian.

-Sukar untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti bersukan.

-Kesukaran untuk duduk, berjalan atau bergerak, menaiki kenderaan serta mengangkat benda yang berat.

-Susah untuk tidur kerana sakit yang berterusan.









==========================
Nak Tahu Cara Senang Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi ?
Gel Amani - Rawatan Sakit Lutut Dan Sendi Anda.
Hubungi 017-324 8495 Untuk Info Lanjut


MCM MANA NAK TAHU GEL LUTUT ADA LAGI ATAU TAK??


CUBA CEK 5 MASALAH NI ADA BERLAKU  ATAU TAK?


Ramai orang fikir Arthritis (Gel Habis) merupakan masalah yang hanya melibatkan warga emas. Tapi Arthritis bukanlah penyakit yang disebabkan oleh faktor usia semata-mata. Dua dari tiga pesakit arthritis berumur di bawah 65 tahun.

FAKTA : Lebih 50 juta penduduk dunia telah disahkan menghidap Arthritis.

So.. Tak Kira Anda Lelaki Atau Wanita, Muda Atau Tua Bacaan Seterusnya Mungkin Akan Menyelamatkan Anda!

Baca sampai Habis ya..😊


1 - RASA SAKIT DI BAHAGIAN LUTUT HINGGA TERPAKSA SOLAT MENGGUNAKAN KERUSI

Yg ni terutama kepada yg beragama islam, bila nak mula solat tu memang boleh berdiri, Problem start bila nak sujud tu. Kalau mereka yg ada masalah gel habis ni nak bangun dari sujud tu memang seksa. Sakitnya hanya Allah yg tahu. Sampai terpaksa solat guna kerusi sebab tak ampu sujud dengan betul!



2 - RASA SAKIT DI BAHAGIAN LUTUT KETIKA HENDAK BANGUN DARI DUDUK

Selalunya, situasi ni merupakan tanda2 awal penghidap Arthritis (Gel Habis). Bila dah rasa macam ni mula lah kena pakai tongkat. Banyak aktiviti2 terbatas termasuklah sewaktu bekerja. Bayangkan tempat kerja anda memerlukan anda bergerak ke sana sini. Tak kan nak bawak tongkat ke hulu ke hilir?



3 - RASA SAKIT DI BAHAGIAN LUTUT APABILA BERJALAN JAUH

Simptom ni juga adalah tanda2 awal masalah Arthritis. Ramai yg datang mengadu kepada saya sebelum ni mereka rasa sakit apabila berjalan jauh. Terutama Jemaah haji yg sedang menunaikan ibadah. Ibadah mereka tergangu sebab masalah yang mereka hadapi.



4 - URAT TERASA TEGANG DI BAHAGIAN PELIPAT BELAKANG LUTUT KETIKA HENDAK BERGERAK

Penghidap arthritis menampung beban yg lebih ketika berjalan kerana kekurangan gel. Jadi apabila bahagian depan lutut sudah sakit, perlahan2 dia akan Tarik urat di bahagian pelipat belakang lutut sehingga menyebabkan simpton yg terakhir di bawah ini.



5 - KAKI SUKAR UNTUK DIBENGKOKKAN ATAU DILURUSKAN

Bila dah sampai tahap ni agak sukar untuk dipulihkan. Sukar tapi bukan mustahil ya. Selalunya doctor akan mencadangkan pembedahan untuk merawat masalah ini. Tapi seperti yg ramai sedia maklum, pembedahan memakan kos yg sangat tinngi sehingga mencecah RM15,000! Dan saya juga pernah berjumpa dengan pesakit yg mengadu masih belum sembuh walaupun pembedahan telah di lakukan.

Kalau anda ada masalah2 di atas lebih anda dapatkan rawatan segera. Bukan apa, kalau anda tak dapatkan rawatan dengan segera jawapnya anda ‘sedekah’ je lah pada hospital untuk kos pembedahan yang pasti menelan belanja tak kurang dari RM15,000





LEBIH BAIK MENCEGAH DARI MERAWAT!

Bagaimana dengan keadaan lutut anda sekarang?
Masih ok ke?

BERAPA YAKIN keadaan lutut anda masih ok minggu depan?
Jangan ambik remeh, kalau dah ada tanda-tanda tu lebih baik dapatkan khidmat nasihat pada yg pakar 😊



==========================

Nak Tahu Cara Senang Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi ?
Gel Amani - Rawatan Sakit Lutut Dan Sendi Anda.
Hubungi 017-324 8495 Untuk Info Lanjut

Tuesday, 10 January 2017

Petua Lutut....

Petua Untuk Meredakan Sakit Lutut :

1. Rehatkan sendi lutut. 
Bila mengalami kesakitan sebaiknya rehatkan lutut sebanyak mungkin. Contohnya 12 jam hingga 24 jam. Jangan memaksa menggunakannya kerana ini akan merosakkan lagi dalaman sendi lutut.

2. Senaman. 
Bila sakit sudah tiada atau berkurangan, lakukanlah senaman setelah mendapat kebenaran dari doktor. Lakukanlah senaman yang lembut dan sederhana seperti berjalan-jalan, mengayuh basikal atau berenang. Senaman juga sangat penting untuk menguatkan otot di sekeliling sendi agar sendi akan lebih stabil. Jika sendi masih sakit dan bengkak elakkan senaman dahulu.

3. Kurangkan berat badan. 
Berkeadaan obes dan berbadan berat akan membebankan sendi pinggul dan sendi lutut. Walaupun hanya sedikit kurang dalam berat badan, ia tetap dapat mengurangkan bebanan pada sendi tersebut.

4. Memanaskan sendi.
Memanaskan sendi dengan dengan menggunakan air suam dalam botol atau pad atau mandi air suam selama 20 minit sekali untuk beberapa kali sehari boleh membantu meredakan kesakitan.

5. Ubat-ubatan. 
Ubat penahan sakit atau ubat anti radang sangat membantu mereda dan menghilangkan kesakitan. Ia boleh didapati dari klinik atau farmasi. Sekiranya ada gejala gastritis harus berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Krim panas juga boleh meredakan kesakitan.

6. Gunakan alat bantu.
Alat Bantu boleh membuat lebih mudah untuk menjalani harian anda tanpa menekankan sendi yang menyakitkan anda. Tongkat mungkin mengambil berat badan dari lutut anda atau pinggul sewaktu berjalan.



Petua Untuk Hilangkan Sakit Lutut

Pilihan 1: 
Amalkan makan sayur bendi yang telah dicelur. Ini kerana, lendir bendi boleh menambah cecair di dalam lutut.

Pilihan 2:
Ambil beberapa helai daun pudina. Ramas bersama bancuhan bedak sejuk. Sapukan pada lutut dan balut untuk beberapa lama.



==========================
Nak Tahu Cara Senang Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi ?
Gel Amani - Rawatan Sakit Lutut Dan Sendi Anda.
Hubungi 017-324 8495 Untuk Info Lanjut

Monday, 9 January 2017

Faktor Dan Punca Sakit Sendi


Antara faktor dan punca yang meningkatkan risiko sakit sendi ialah:
  • Penuaan – Semakin berusia, sendi-sendi tubuh dah semakin banyak digunakan dan makin mudah cedera
  • Berat badan berlebihan – Orang yang mengalami kegemukan ataupun obesiti, menyebabkan sendi tulang terpaksa menahan beban yang lebih berat terutamanya pada lutut dan peha
  • Penggunaan sendi berlebihan – Seorang atlit ataupun orang yang banyak bekerja menggunakan fizikal, mungkin terlebih kerap menggunakan sendi yang berkenaan dan menyebabkan sendi mudah tercedera
  • Sejarah keluarga – Masalah sendi boleh juga berpunca daripada faktor genetik
  • Otot lemah – Otot yang lemah yang mengelilingi sendi boleh meningkatkan risiko kecederaan sendi tersebut akibat sokongan yang lemah

Minum Madu Pun Boleh Hilang Sakit Lutut?


Tahukah Anda? MADU adalah makanan semula jadi yang ada ciri ciri anti-radang dan kuasa penyembuhan. Ia mengurangkan keradangan (sakit sendi) dan menjadi penawar semula jadi utk sakit sendi.
Terdapat sebuah akhbar luar negara (U.K. Daily Mail) melaporkan cerita tentang seorang wanita yg menghidapi arthritis (sakit sendi), tidak mendapat sebarang kesan dari ubatan hospital yang diambil. Namun hanya selepas seminggu beliau mengamalkan pengambilan campuran MADU dan cuka, kesakitan yang dialami semakin berkurangan dan semakin pulih.
Dalam islam sendiri, pengambilan madu amat digalakkan. Terdapat beribu khasiat yang terkandung dalam MADU.
Bagi anda yang mengalami masalah sakit lutut, apa kata anda amalkan tips ini mulai sekarang. Mana tahu rezeki anda untuk sembuh melalui madu.
Selamat mencuba
==========================
Nak Tahu Cara Senang Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi ?
Gel Amani - Rawatan Sakit Lutut Dan Sendi Anda.
Hubungi 017-324 8495 Untuk Info Lanjut